Kerana setitis kasih Ilahi

"Mak........ !", Angah ingat nak kerja lepas SPM nanti, ya lah sementara tunggu keputusan keluar, boleh tak" ?
"kenapa tak tanya ayah kamu, pada mak tak kisah, janji kamu pandai jaga diri", jawab ibu.
Aku merasa lega mendengar jawapan ibu, namun hati ini tertanya-tanya adakah ayah juga memberi keizinan kepadaku . Aku memberanikan diri bertanya ayah, namun kecewa dengan keputusan ayah.
"Tak payah kerja, duk rumah je, kalau dah nampak duit, tak nak sekolah" itulah jawapan ayah.
"Mak... !!!!", aku melepaskan rasa sedih serta kecewa dengan keputusan ayah, namun ibu mengerti.
"abang, biarlah angah kerja dulu, lagi pun saya percaya, Angah tak macam tu, tau la dia bezakan yang mana baik", kata ibu memberikan keyakinan pada ayah.
"Hmm....... " sampuk ayah, aku merasa lega, akhirnya ayah akur .
Ring... ring bunyi telefon " ya, ada ke, kalau gitu baguslah, boleh la pergi sama -sama, bila?.. hm.... ya la", ibu terus letak telefon.
"Siapa tu? Nak apa" kedengaran suara ayah.
"Milah bang, adik ipar dia tengah cari operator pengeluaran, untuk kilang........... ape ke namanya" sambil tangannya menggaru kepala ibu cuba mengingati nama kilang itu", kat Johor Bahru katanya. Lusa adik dia balik, boleh la Angah ikut sama ke sana" kata ibu.
Aku tak dapat lelapkan mata, tak dapat nak bayangkan suasana di perantaun, perasaan gembira, takut, tak sabar, semua berlega di kepala.
"Di sana nanti jangan lupa solat, jaga diri baik-baik.... ingat tu" kata ibu.
"InsyaAllah mak, tahu la saya jaga diri. "
Janganlah kau risau Nab, kan Lina, Siti, Anum pergi bersama", Cik Milah menenangkan ibu. " Betul kata kakak tu........ , " abang zul menyapuk.
Akhirnya aku sampai di johor bahru", Ok, kamu semua tinggal di sini, inilah hostel kamu, hari ini kamu berehat dulu, esok pagi saya akan bawa kamu ketempat kerja", kata abang zul lalu meninggalkan kami.
"Lina! Kenapa tak tidur lagi?.
"aku tak boleh tidur la, aku rasa tak selesa tinggal di sini, rasa macam.............. "
"Ish, ish kau ni aku memotong kata-kata Lina. " Sebenarnya, aku pun rasa ..... macam kau juga.
"Apa kata kita kerja tempat lain, ; Lina memberi cadangan, aku akur dengan cadangan itu.
"Kalau kamu tak nak kerja, abang terpaksa hantar kamu balik" kata abang zul. Lalu menghantar kami ke stesen bas,
"Ini tiket kamu, bas bertolak pukul 5ptg nanti, kamu tunggu di sini, kejap lagi bas bertolak, jangan tak balik pula, nanti ibu kamu risau" kata abang zul.
Kami diam membisu, setelah itu abang zul terus beredar dari situ.
"Kau nak kemana?" aku takut ni, perasaaku tidak tenang, aku takut apa akan jadi pada kita", mana nak tinggal?, kita tak ada saudara-mara kat sini", ya Allah lindungilah kami" bisik hatiku.
"Aku nak ke tandas kejap, kau tunggu sini tau!!!!" Lina berlalu pergi.
Lina bersama dua orang lelaki menghampiri aku,
"angah kenalkan, ini Mie dan Jo. Mereka nak tolong kita cari kerja, kata Lina.
"ya Allah cepatnya Lina percayakan kata-kata lelaki, padahal baru kenal", bisik hatiku.
Kami berkenalan dan jalan-jalan pusing bandar, kami bermalam di hotel murah, aku pada mulanya keberatan tapi akhirnya akur juga. malam itu kami berbual-bual sampai pagi. Esoknya kami keluar mencari kerja, akhirnya kami mendapat kerja dan tempat tinggal.
"Abang Jo balik dulu la, kamu pun dah ada tempat tinggal dan kerja, jangan pula kamu lupakan kami" kata abg Jo.
Kami tinggal di hostel kilang , di situ kami mula berkenalan antara satu sama lain. Aku dan Lina tinggal sebilik bersama dengan seorang rakan baru, Suzana @ Su namanya. Kami mulai rapat. Selang beberapa hari saja, kak Jumek mengajak kami berkerja di tempat baru, katanya di situ pendapatanya lebih baik.
"macam mana, nak ikut tak?" Lina bersuara, aku dan Su berfikir sebentar, akhirnya kami setuju untuk bertukar tempat kerja. Walaupun kami sudah berpaindah, kami masih berhubung dengan abg Jo dan Mie.
Di hostel baru, kami di beri kebebasan, masing-masing buat hal sendiri. Semua member kat situ satu kepala. Disitu juga kami tinggal sebilik. Lina mengajar aku berpoya-poya, keluar setiap malam dan bertukar-tukar pasangan. Aku dan lina mulai lupa diri, kami sering bertukar pasangan, kerana pada kami siapa ramai teman lelaki dialah paling top.
"Angah, Lina, Su nak cakap sikit", kata Suzana. " Su rasa kamu berdua sudah melampaui batas, kita ni perempuan, tak elok kalau kita permainkan hati leleki, tak semua lelaki tu baik, kita kena hati hati" sambung Suzana.
"kau kenapa Su? tak usah nasihatkan kami, tahu lah kami, kamu jaga lah diri sendiri, jangan nak masuk campur hal kami" kata Lina
"bukan itu maksud saya, sebagai seorang kawan, saya Cuma ingatkan kamu" Su cuba menerangkan.
Aku merasa kata-kata Suzana itu ada betulnya. Namun hati tetap inginkan kehidupan yang bebas tanpa memikirkan kesudahanya.
"Angah, bila keputusan kamu keluar?" tanya Suzana.
"hujung bulan ni, tapi tak tahu lagi betul ke tak"
"habis tu, nak sambung belajar ke tak?, atau nak terus kerja", sambung Suzana
"entahlah, belun pasti lagi"
"kalau Su cakap, Angah janganlah marah pula........... Angah masih muda, masih panjang lagi perjalanan hidup, masih boleh memperbaiki masa depan, masih boleh memiliki kehidupan yang lebih baik, tak kan Angah inginkan kehidupan seperti ini? Tak ada masa depan, ....... " sambung Suzana lagi.
Semalaman aku berfikir, aku mula menyedari kesilapan yang di lakukan, aku cuba memujuk Lina untuk kembali ke pangkal jalan, namun Lina tetep dengan egonya.
"Tak keluar ke malam ni?" tanya Lina
"Malaslah, lagi pun aku dah tak nak buat semua tu, aku nak belajar mengaji dengan Su, kalau kau nak keluar, pergilah" jawab ku panjang lebar.
"Su, Su.... !", aku mengejutkan Suzana dari tidur
"Hm... ada apa?" Suzana bertanya sambil matanya terpejam rapat.
"Aku, risaukan Lina ni, dah pukul 4pg, belum pulang-pulang lagi"
"habis kita nak buat apa?, nak cari kat mana?, nak minta tolong siapa?" tanya Suzana panjang lebar.
"Aku pun tak tahu ni, aku rasa tak sedap hati, macam ada sesuatu yang terjadi. "
Ketika Suzana menenangkan aku, krek.. krek....... kedengaran pintu dibuka, aku dan Suzana terkejut melihat keadaan Lina. Air mata aku bercucuran jatuh mengenangkan nasib Lina, dikala itu juga hati aku terdetik mengucapkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana memberiku Nur Hidayah.
Aku dan Su cuba menenangkan Lina, namun Lina menangis teresak-esak, melihat keadaan Lina kami dapat menduga apa sudah terjadi.
Ya, Lina menjadi mangsa kerangkusan manusia yang tak mempuyai perasaan dan hati.
Aku menadah tangan mengucapkan kesyukuran kerana aku tidak tersesat jauh dan tidak menjadi mangsa buaya-buaya darat. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung bagi menyambung pelajaranku.
Kejadian itu tetap di memori ingatanku, akanku jadikan pengajaran di masa hadapan.

Kembali ke blog UTAMA - zariahblog.blogspot.com